Sabtu, 19 Oktober 2013

Fakta Sejarah Pendidikan

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

  1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama.
  2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 1920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
  3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).
  4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
  5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular
  1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
  2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
  3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
    1. Pagi
      1. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam
      2. dan mata pelajaran vokasional
    1. Petang
      1. Bahasa Arab
      2. dan al-Qur'an
  1. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
    1. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
    2. MPPM di Melaka pada tahun 1935.
  1. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.
  2. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
  3. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
    1. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
    2. SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
  1. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
  2. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
  3. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
  4. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  5. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British
  1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:
    1. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
    2. Kurikuium sekolah berbeza.
    3. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
    4. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin.
  1. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
  2. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.
  3. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,
    1. King Edward VII, Taiping di Perak dan
    2. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.
  1. Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.
  2. A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa
    dari sesi petang untuk pembelajaran agama.
  3. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah
    ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
  4. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.
  5. Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
  6. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
  7. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.
  8. Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.
  9. Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  10. Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan
  1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:
    1. Laporan Barnes (1950)
      1. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
      2. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
      3. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:
        1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
        2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
        3. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
        4. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
      1. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:
        1. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
        2. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.


  1. Laporan Fenn-Wu (1951)
  1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
  2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
  3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).
  4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu.
  5. Ordinan Pelajaran (1952)
      1. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
      2. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
      3. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
      4. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

                    PENDIDIKAN TRADISIONAL

A.    PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDHA
                        Budisme yang berkembang pada waktu itu disana adalah BUDHA HINAYA yang terlihat pada masa abad 6 dan 7. Kemudian  pada akhir abad ke-7 sampai akhir abad ke-11 erlihat pengaruh Budha Mahaya

  1. PENGARUH ADAT MINANG KABAU
1.      Alam Minangkabau
            Suku bangsa minangkabau menyebut daerah aslinya dengan sebutan alam minangkabau

2.      Pendidikan Adat Minangkabau
a.       Pendidikan calon penghulu
b.      Pendidikan Adat Minangkabau
c.       Pendidikan Bela Diri
d.      Pendidikan pengobatan
e.       Pendidikan tukang
f.       Pendidikan Sastra
g.      Pendidikan lain
h.      Tokoh guru

C.PENGARUH AGAMA ISLAM
                    1. Pendidikan Islam sebelum abad ke-17
                        Antara akhir abad ke-13 dan awal abad ke-16 dipulau Sumatera terdapat banyak kerajan islam. Mulai tahun 1514 berdiri pula kerajan Aceh sampai tahun 1904.
                        Pada zaman kejayan Aceh abad ke-15 dan ke-16,pedagang Aceh menuasai hampir seluruh bandar dagang di Pesisir Barat pulau Sumatera. Pedagang islam inilah yang menyebarkan agama islam di Pesisir Barat Sumatera Barat

                    2. Pendidikan Islam di Sumatra Barat pada Akhir Abad ke-17 sampai abad Pertengaan
                        Pada dasarnya pendidikan Islam pada waktu itu dibagi dua bagian
1.      pengajian Al-Quran
2.      pengajian Kitab

Pengajian Al-quran dibagi atas dua bagian:
1.      Tingkat rendah
2.      Tingkat atas

Pengajian Kitab
                        Sebagian kriteria buat menentuan berhasilnya seorang murid pengajian Kitab adalah : (1)hafal seluruh materi pelajaran ,(2) dapat menyebutkan bahasa arabnya ,(3) dapat mengartikan dan menerangkan artinya,(4)dapat menguraikan maksud dan maknanya bagi kehidupan manusia,(5) lancar berbahasa arab
.
                    3.Pendidikan Isla sampai awal Abad ke-20
Jumlah mata pelajaran mulai pertengahan abad ke-19sampai akhir abad ke-19 bertambah banyak ari masa sebelumnya sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang di dapat oleh para Syekh.Cara penyampaian mata pelajaran skaligus, seperti sistim sekolah sekarang.



1 komentar:

Ada barang baru n barang lama turun harga :)
Buat semua hp, gadget, smartphone, laptop, tablet, dll

makro wide fisheye (3in1) jepit clip cuma 125rb
makro wide magnet cuma 80rb
makro wide clip cuma 90rb
fish eye clip cuma 100rb
tele tripot holder 225rb
tongsis 125rb
dan produk terbaru kami
FISH EYE 235derajat cuma 170rb

hub sms dan whatsapp 085746668989
pin bbm 24b269b5
kunjungi juga blog kami
http://romdankurkur.blogspot.com

4 Mei 2014 pukul 10.09

Posting Komentar

romdankurkur itu Romdan